Sunday, April 26, 2015

Kisah Anakin Skywalker yang menjadi bualan hangat!!!!!!!

width=100%
Bila sebut Anakin Skywalker, tiada lain yang terfikir di kepala kita kecuali Star Wars.
Sebenarnya selain dari jalan cerita yang menarik, ada kisah yang boleh diteladani dari filem box office ini.
Kami bawakan kepada anda kupasan dari Srikandi (seorang pengkaji sejarah) tentang analogi Anakin Skywalker dan kaitannya dengan isu dikalangan masyarakat masa kini.
______________________________________
Anakin Skywalker
Anakin Skywalker bukanlah jahat asalnya, dia baik dan biasa-biasa sahaja. Tetapi akibat silap dalam ‘Problem Management’ maka dia menjadi serabut dan huru-hara.
‘Problem’ Anakin ialah dia ‘fail’ nak seimbang kuasa dia.
Lepas itu dia jadi negatif. Maka akan ada orang dari kalangan dia akan datang menegur dan menasihatkan dia,dengan harapan akan kembali ke pangkal jalan. Anakin Skywalker pun dinasihatkan oleh Obi Wan Kenobi.
Tetapi Anakin Skywalker tak makan nasihat. Nasihat itu dilihatnya makin menyerabutkan hidup dia. Dia tak nak kembali ke pangkal jalan. Dia nak sesat, sesat dan lagi bagus kalau menyesatkan orang lain.
Lepas tu ada watak antagonis lain yang nampak peluang ini; memanipulasikan emosi Anakin supaya masuk perangkap dia. Pelannya untuk memusnahkan suku dia sendiri iaitu kaum Jedi itu.
Darth-Sidious-Star-Wars
Jadi Darth Sidious yang memang dengki dengan kaum Jedi pun mempergunakan Anakin yang bodoh itu untuk menentang Jedi. Anakin diberi tempat, dipujuk-pujuk dan dibelai-belai. Bila Anakin kutuk Obi dan Jedi, Darth Sidious pun tumpang semangkuk, jadi Anakin pun rasa dia disokong bukan dinasihati atau terasa mendengar khutbah yang menjengkelkan dari Obi Wan Kenobi.
Lepas tu macam biasa, Anakin memang betul jadi jahat dan lawan kaum dia. Darth Sidious rilek jer tengok dari jauh. Bila Anakin jahanam sampai cacat dan melecur kena larva gunung berapi, lengkaplah subconcious-mind dia bahawa kaum dia sendiri memang jahat, jahat dan jahat, padahal dia sendiri yang salah dan bodoh. Orang nak selamatkan dia, dia pergi dok lawan lagi. Takkanlah orang tu nak serah tengkuk dia semata-mata nak hapuskan delusi kamu?
Dalam realiti kamu akan lihat spesis Anakin Skywalker akan tumbuh di kalangan kamu lagi dan lagi. Para pengkhianat tak akan mati. Tetapi kita boleh bunuh sentimen mereka. Anakin Skywalker akan lahir dari orang yang delusi bahawa komuniti dia tak terima kewujudan dia, idea dia atau penampilan dia. Lepas tu dia akan menentang komuniti itu berdasarkan fantasi dan delusi dia apabila makin tidak dapat dikawal.
Anakin Skywalker akan anjurkan majlis-majlis pelik. Akan tukarkan kamu dari Islam kepada kafir secara perlahan-lahan dengan buatkan kamu rasa liberal dan moderate. Anakin Skywalker akan buat kepala tau. Kepala batu dan akhirnya kepala lutut.
Anakin Skywalker akan diberi tempat. Akan dipujuk dan dibelai-belai. Bila Anakin Skywalker serang kamu, kutuk kamu, protes kamu… Anakin Skywalker akan disokong dan diberi dana. Anakin Skywalker akan diberi sebilah pisau.
Gunanya untuk cucuk kaum dia sendiri. Iaitu kamu dan kamu.
Lepas tu kamu mati.
Anakin Skywalker akan dianugerahkan menjadi Darth Vader.

0 comments:

Post a Comment